Bismillahirrahmanirrahim........
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Orang yang
paling bijaksana di kalangan kamu ialah orang yang sentiasa menghisab dan
menghitung dirinya serta beramal sebagai persediaan
untuk mengadap Allah selepas mati.
Sedangkan orang yang kurang waras ialah orang yang sentiasa menuruti hawa nafsunya dan sentiasa berangan-angan kosong terhadap Allah.”
Sedangkan orang yang kurang waras ialah orang yang sentiasa menuruti hawa nafsunya dan sentiasa berangan-angan kosong terhadap Allah.”
(Riwayat Tirmizi).
Kata-kata sedemikian benar-benar mampu membuat seseorang hamba Allah berfikir.. tentang pentingnya membuat perancangan,muhasabah diri ini.. namun dalam merancang, perlulah diingat dan direnung ayat ni:
"Wamakaru wamakarallah. Wallahu khairul maakiriin."
Maksudnya,"Kita merancang, Allah juga merancang. Tapi Allah lah sebaik-baik perancang"
PERKONGSIAN HARI NI TIDAKLAH SEBERAPA.. (LAGIPUN BUKANNYA ADA RAMAI BACA PUN, YE IDOK)..kui9... tapi, sharing is caring kan..
Dan ana respect dgn penulis yg karyanya mampu menggetarkan hati nurani sehingga mengingatkan kita pada Allah Azza Wajala.Ana pun bukanlah lulusan sekolah agama, tapi ana seorang pelajar juga mendalami agama kerana ana juga dahagakan ilmu...lagipun, kalaulah Allah x tutup aib ana, Allahu.. kerana itu x kiralah siapa pun kita, kat muka bumi Allah ni kita khalifahNya,jadi rancanglah betul2 : nak ke neraka @ syurga ? nak mengata @ tarbiyyah? nak sibukkan malaikat atid @ raqib? nak terima amalan dengan tgn kiri @ kanan? dan yg paling penting,bg yg masih bernyawa bg anda yg membc nota yg x seberapa ni,adakah anda nak mati dlm husnul khatimah @ suul khatimah.. think wisely..pesanan utk ana jugak yg lemah, hina lagi kerdil di sisi Allah nih..ingatlah,kita ni hidup bukan sekali, yg sekali ialah MATI..
Ya Allah yang maha mendengar dan maha mengetahui..
Ampunkan dosa kami, dosa ibu bapa kami, dosa rakan2 kami, dosa guru2 kami dan dosa seluruh muslimin dan muslimat.. Allahumma amin...
Yang Singkat Itu "WAKTU". Yang Menipu Itu "DUNIA". Yang Dekat Itu "KEMATIAN". Yang Mendorong Ke Neraka Itu "LIDAH". Yang Berharga Itu "IMAN"
Sama-samalah jaga niat bahawasanya :
"solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanya kerana ALLAH"
“آللّهُمَ صَلّیۓِ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ”
Wassalam................


No comments:
Post a Comment