Bismillahirrahmanirrahim...
InI dialog antara seorang pemuda Islam dengan pemuda Yahudi.
Pemuda yahudi: Mengapakah orang Islam sembah Kaabah?
Pemuda Islam : Salah tu. Orang Islam bukan sembah Kaabah, tapi sembah Allah.
Pemuda yahudi : Kan orang Islam sembahyang menghadap Kaabah. Ia cuma satu kotak hitam yang besar. Tuhan kamu ada di dalam kotak itu ke?
Belum sempat pemuda Islam menjawab, telefon bimbit kepunyaan pemuda Yahudi berdering. Dia pun menjawab panggilan dengan lembut. Berbual sambil tertawa. Beberapa minit kemudian, talian dimatikan. Dia berpaling semula kepada pemuda Islam tadi.
Pemuda yahudi : Ha, jawablah soalan tadi.
Pemuda Islam : Perlukah aku menjawabnya?
Pemuda yahudi : (Tertawa mengejek) Mesti kau tak boleh jawab, bukan?
Pemuda Islam : Bukan begitu. Kau sendiri tahu teorinya tapi, tapi kau masih bertanyakan soalan itu. Rasanya, kau yang tidak sedar bahawa jawapan sudah ada pada dirimu sendiri.
Pemuda yahudi : (kehairanan) Aku tak faham.
Pemuda Islam : Tadi aku melihat kau menjawab telefon. Kau ketawa dan bercakap seorang diri. Sebelum memutuskan talian, kau mencium telefon itu sambil berkata I love you....
Pemuda yahudi : Aku bukan bercakap sendiri. Aku berbual dengan teman wanitaku.
Pemuda Islam : Di mana dia? Aku tak nampak pun teman wanita yang kau katakan itu.
Pemuda yahudi : Dia ada di rumah. Nak berbual, kenalah telefon. Ada masalah ke?
Pemuda Islam : Boleh aku lihat telefon itu?
Si yahudi memberikan telefon bimbitnya kepada pemuda Islam itu dengan rasa hairan. Pemuda itu membelek telefon si yahudi tadi. Tak cukup sekadar itu, dia menggoncang-goncangkan telefon itu. Sesekali, dia mengetukkan telefon itu ke atas meja. Akhir sekali, dia menghempaskan telefon itu ke atas lantai hingga pecah berderai.
Pemuda yahudi : Apa kau buat ni? (menjerit marah)
Pemuda Islam : Aku cuba hendak mencari teman wanita yang kau katakan tadi dalam telefon ini. Walau dipecahkan sekalipun, buah hati yang engkau ceritakan itu tidak muncul juga.
Pemuda yahudi : Kau ni ketinggalan zaman ke? Ini kan teknologi moden. Kita boleh bercakap dengan orang lain dari jarak jauh hanya dengan menggunakan telefon. Takkan itu pun tak tahu?
Pemuda Islam : (Tersenyum) Kan sudah aku katakan tadi, kau sudah tahu jawapannya tapi masih bertanya. Bukankah teori telefon itu lebih kurang sama dengan Allah S.W.T. Kami solat menghadap Kaabah bukan bermakna kami menyembah kotak hitam. Kami sembahyang atas arahan Allah. Umat Islam diarahkan sembahyang menghadap Kaabah bukan bererti Allah ada dalam kotak hitam itu. Begitu juga teorinya antara kau dan girlfriend kau itu. Dia menghubungimu menggunakan telefon. Bukan bererti dia ada di dalam telefon itu, bukan? Prinsip telekomunikasi itu kena ikut peraturan. Nak bercakap melalui telefon, harus mendail nombor yang betul, barulah akan tersambung dengan orang yang hendak dihubungi. Dengan itu, kau mampu berbicara dengannya walaupun dia tiada dalam telefon itu. Begitu juga dengan umat Islam. Kami sembahyang menghadap Kaabah kerana itulah kiblat kami sebagai 'peraturan' untuk kami 'bersambung' dengan Allah. Begitulah teorinya dan itu jugalah jawapan untuk pertanyaan kamu awal tadi....
Wallahu a'lam....
Sunday, 6 April 2014
Saturday, 5 April 2014
Ranking Universiti Terbaik Malaysia dan Dunia 2013/2014
Disebabkan kemalasan nak taip panjang2(he3), so ni ada yg dicopy dari beberapa laman web....Senarai top ranking universiti terbaik di Malaysia 2013. Kajian ini
adalah berdasarkan ranking universiti di seluruh asia sahaja oleh QS
Universiti Ranking. Jika ranking di asia, Universiti Malaya (UM) masih
lagi memegang gelaran universiti paling terbaik di Malaysia.
Thursday, 3 April 2014
JOM MASUK U !
tup tap tup tap dah masuk bulan 4...Astaghfirullahal'azim~ bakal masuk alam u dah ak(sori,panggilan rugged ckit) nih...
Sunday, 2 March 2014
APA YANG SEDANG TUHANMU LAKUKAN SEKARANG?
Suatu hari, seorang ilmuwan kafir bangsa Rom masuk ke dalam sebuah masjid. Lalu dia naik ke atas ke atas mimbar dan mencabar para jemaah di hadapannya, "Siapa yang berani, tampillah untuk berdebat denganku!"
Di antara mereka semua, bangun seorang pemuda. "Apa yang ingin engkau debatkan?Katakanlah kepadaku."
Melihat keberanian pemuda Islam itu, dengan sombong ilmuwan itu bertanya, "Tahun berapa Tuhanmu dilahirkan?"
"Allah berfirman, Dia tidak dilahirkan dan tidak pula melahirkan,"jawab si pemuda.
"Tidak masuk akal dikatakan Allah yang pertama dan tidak ada sesuatu yang sebelum-Nya. Tahun berapa Allah itu ada?" tanya ilmuwan itu lagi.
"Dia (Allah) ada sebelum ada sesuatu!" pantas pemuda itu menjawab.
"Berikan contoh yang lebih jelas dari itu," pinta ilmuwan lagi.
"Tahukah tuan tentang kiraan?" ilmuwan itu mengiakan pertanyaan pemuda itu.
"Nombor berapa sebelum nombor satu?"
Ilmuwan itu menjawab, "Tiada nombor. Kosong!"
"Jika tiada nombor lain mendahului nombor satu, mengapa tuan hairan jika sebelum Allah, tiada apa yang mendahului-Nya?" tanya pemuda berketurunan Parsi itu.
Tidak puas hati, ilmuwan bertanya lagi, "Di mana Tuhanmu sekarang? Sesuatu yang wujud pasti ada tempatnya, bukan?"
Tidak terus menjawab, pemuda itu pula bertanya. "Tuan tahu bentuk susu? Apakah ada keju di dalam susu itu?"
"Ya. Sudah tentu ada," jawab ilmuwan kafir.
"Jika begitu, perlihatkan kepadaku di bahagian mana kedudukan keju itu dalam susu tersebut?"
"Tiada tempat khusus. Bukankah keju itu menyeluruh dan meliputi seluruh bahagian susu itu," jawab ilmuwan sombong.
Lalu dijawab pemuda tadi, "Jika keju tiada tempat khusus, apakah layak tuan meminta saya menetapkan di mana Allah berada? Sesungguhnya, Dia tidak bertempat dan ditempatkan!"
Ilmuwan itu belum puas hati. Ditanyanya lagi, "Tunjukkan kepadaku zat Tuhanmu. Apakah ia padat seperti besi, cair seperti air atau berwap seperti gas?"
Pun tidak dijawab, pemuda itu bertanya semula, "Tuan pernahkah melihat orang yang sedang nazak dan kemudian meninggal dunia?" ilmuwan kafir menganggukkan kepala.
"Sebelum meninggal, dia masih boleh berbicara atau menggerakkan anggota tubuhnya. Kemudian, setelah meninggal dunia, dia akan diam membisu. Tidak lagi bergerak. Apa yang menyebabkan perubahan itu?"
"Kerana rohnya telah meninggalkan tubuhnya," jawab si ilmuwan.
"Apakah semasa rohnya keluar, tuan berada di disitu?" lelaki kafir itu menganggukkan kepala dengan pertanyaan pemuda itu.
"Jadi, tuan ceritakan kepada saya apakah rohnya itu bentuknya padat seperti besi, cair seperti air atau berwap seperti gas?" pinta pemuda itu lagi.
"Entah. Aku tidak tahu," jawab ilmuwan yang mula berasa tercabar.
Pemuda itu pun berkata, "Jika tuan tidak tahu bagaimana bentuk roh yang hanya dari seorang makhluk ciptaan-Nya, bagaimana tuan hendak memaksaku untuk menunjukkan zat Allah!"
Tidak puas hati, si kafir bertanya lagi, " Jika engkau tahu, ke manakah Allah menghadapkan wajahnya ketika ini? Kerana segala sesuatu itu pasti mempunyai arah."
"Jika tuan menyalakan lampu di dalam gelap, ke arah manakah sinar lampu itu memancarkan cahayanya?" tanya si pemuda pula.
"Sinarnya mengadap ke seluruh arah dan penjuru."
Mendengar jawapan ilmuwan kafir, pemuda bijak itu pun bersuara, " Jika demikian dengan lampu itu, begitulah juga dengan Allah, kerana Dia pencipta langit dan bumi. Kerana Allah itu adalah cahaya langit dan bumi."
Masih belum berpuas hati, ilmuwan itu terus berdebat- "Jika ada orang yang lebih awal masuk ke syurga, kenapa tiada penghujungnya. Kenapa di syurga itu kekal selamanya?"
"Tidakkah tuan tahu, sedangkan kiraan nombor pun ada awalnya, tetapi tiada penghujung."
"Bagaimana kita boleh makan dan minum di syurga tanpa perlu membuang air besar atau air kecil?"
"Itu bukanlah mustahil. Bukankah tuan sudah melakukannya sewaktu masih dalam kandungan ibu tuan. Tuan makan dan minum selama sembilan bulan dalam perut ibu tapi tidak pernah membuang air. Hanya selepas keluar ke dunia barulah tuan dapat melepaskan 'hajat'."
Ilmuwan kafir itu semakin gelisah. Setiap pertanyaannya dijawab mudah oleh pemuda di hadapannya. Tapi, tidak semudah itu dia mengaku kalah. Dia terus menyerang dengan soalan lain.
" Bagaimana kebaikan syurga itu boleh bertambah da tidak pernah habis jika dinafkahkan?"
"Bukankah Allah menciptakan sesuatu di dunia yang apabila dinafkahkan, ia semakin bertambah. Contohnya, ilmu. Semakin ia disebarkan, semakin ia bertambah (berkembang). Tidak pernah berkurangan."
" Jika sudah segala-galanya telah ditakdirkan sebelum ia diciptakan, apa saja yang Tuhanmu sedang lakukan sekarang?"
"Untuk menjawab soalan itu, bolehkah saya mohon tuan turun dari mimbar? Saya akan berikan jawapannya dari tempat tuan berdiri sekarang," pinta pemuda tadi.
Ilmuwan kafir pun turun. Naiklah si pemuda itu ke atas mimbar lalu berkata, " Sekarang saya akan jawab soalan tuan tadi. Apa yang sedang dilakukan oleh Allah itu, ada yang dijelaskan dan ada yang tidak. Salah satu pekerjaan-Nya, tadi berdiri di atas mimbar seorang kafir yang tiada hak seperti tuan. Lalu Allah menurunkan orang kafir itu seperti sekarang. Manakala seorang mukmin yang berada di bawah segera diangkat-Nya ke atas mimbar. Begitulah 'pekerjaan' Allah itu setiap waktu."
Ilmuwan itu hanya terdiam. Tidak mampu lagi membalas, lantas berlalu pergi keluar dari masjid tersebut.
Siapa pemuda yang bijaksana itu? Dialah Nukman bin Thabit yang juga dikenali sebagai ABU HANIFAH, seorang ulama Islam terkenal yang juga pengasas mazhab Hanafi.
http://www.inter-islam.org/Biographies/4imam.htm
Wallahu a’lam bishshawab...

Thursday, 27 February 2014
~perancangan hidup~
Bismillahirrahmanirrahim........
Kata-kata sedemikian benar-benar mampu membuat seseorang hamba Allah berfikir.. tentang pentingnya membuat perancangan,muhasabah diri ini.. namun dalam merancang, perlulah diingat dan direnung ayat ni:
"Wamakaru wamakarallah. Wallahu khairul maakiriin."
Maksudnya,"Kita merancang, Allah juga merancang. Tapi Allah lah sebaik-baik perancang"
PERKONGSIAN HARI NI TIDAKLAH SEBERAPA.. (LAGIPUN BUKANNYA ADA RAMAI BACA PUN, YE IDOK)..kui9... tapi, sharing is caring kan..
Dan ana respect dgn penulis yg karyanya mampu menggetarkan hati nurani sehingga mengingatkan kita pada Allah Azza Wajala.Ana pun bukanlah lulusan sekolah agama, tapi ana seorang pelajar juga mendalami agama kerana ana juga dahagakan ilmu...lagipun, kalaulah Allah x tutup aib ana, Allahu.. kerana itu x kiralah siapa pun kita, kat muka bumi Allah ni kita khalifahNya,jadi rancanglah betul2 : nak ke neraka @ syurga ? nak mengata @ tarbiyyah? nak sibukkan malaikat atid @ raqib? nak terima amalan dengan tgn kiri @ kanan? dan yg paling penting,bg yg masih bernyawa bg anda yg membc nota yg x seberapa ni,adakah anda nak mati dlm husnul khatimah @ suul khatimah.. think wisely..pesanan utk ana jugak yg lemah, hina lagi kerdil di sisi Allah nih..ingatlah,kita ni hidup bukan sekali, yg sekali ialah MATI..
Ya Allah yang maha mendengar dan maha mengetahui..
Ampunkan dosa kami, dosa ibu bapa kami, dosa rakan2 kami, dosa guru2 kami dan dosa seluruh muslimin dan muslimat.. Allahumma amin...
Yang Singkat Itu "WAKTU". Yang Menipu Itu "DUNIA". Yang Dekat Itu "KEMATIAN". Yang Mendorong Ke Neraka Itu "LIDAH". Yang Berharga Itu "IMAN"
Sama-samalah jaga niat bahawasanya :
"solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanya kerana ALLAH"
“آللّهُمَ صَلّیۓِ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ”
Wassalam................
Bismillahirrahmanirrahim........
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Orang yang
paling bijaksana di kalangan kamu ialah orang yang sentiasa menghisab dan
menghitung dirinya serta beramal sebagai persediaan
untuk mengadap Allah selepas mati.
Sedangkan orang yang kurang waras ialah orang yang sentiasa menuruti hawa nafsunya dan sentiasa berangan-angan kosong terhadap Allah.”

(Riwayat Tirmizi).
Kata-kata sedemikian benar-benar mampu membuat seseorang hamba Allah berfikir.. tentang pentingnya membuat perancangan,muhasabah diri ini.. namun dalam merancang, perlulah diingat dan direnung ayat ni:
"Wamakaru wamakarallah. Wallahu khairul maakiriin."
Maksudnya,"Kita merancang, Allah juga merancang. Tapi Allah lah sebaik-baik perancang"
PERKONGSIAN HARI NI TIDAKLAH SEBERAPA.. (LAGIPUN BUKANNYA ADA RAMAI BACA PUN, YE IDOK)..kui9... tapi, sharing is caring kan..
Dan ana respect dgn penulis yg karyanya mampu menggetarkan hati nurani sehingga mengingatkan kita pada Allah Azza Wajala.Ana pun bukanlah lulusan sekolah agama, tapi ana seorang pelajar juga mendalami agama kerana ana juga dahagakan ilmu...lagipun, kalaulah Allah x tutup aib ana, Allahu.. kerana itu x kiralah siapa pun kita, kat muka bumi Allah ni kita khalifahNya,jadi rancanglah betul2 : nak ke neraka @ syurga ? nak mengata @ tarbiyyah? nak sibukkan malaikat atid @ raqib? nak terima amalan dengan tgn kiri @ kanan? dan yg paling penting,bg yg masih bernyawa bg anda yg membc nota yg x seberapa ni,adakah anda nak mati dlm husnul khatimah @ suul khatimah.. think wisely..pesanan utk ana jugak yg lemah, hina lagi kerdil di sisi Allah nih..ingatlah,kita ni hidup bukan sekali, yg sekali ialah MATI..
Ya Allah yang maha mendengar dan maha mengetahui..
Ampunkan dosa kami, dosa ibu bapa kami, dosa rakan2 kami, dosa guru2 kami dan dosa seluruh muslimin dan muslimat.. Allahumma amin...
Yang Singkat Itu "WAKTU". Yang Menipu Itu "DUNIA". Yang Dekat Itu "KEMATIAN". Yang Mendorong Ke Neraka Itu "LIDAH". Yang Berharga Itu "IMAN"
Sama-samalah jaga niat bahawasanya :
"solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanya kerana ALLAH"
“آللّهُمَ صَلّیۓِ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ”
Wassalam................
Wednesday, 26 February 2014
~Ahlan Wasahlan~
"Berkongsilah walau setitik madu suatu kebaikan, berkongsilah walau sesudu garam dosa demi pengajaran, kerana kelak itulah buah bekalan."
ape yang penting?? Kerjasama... uhuhuh... tibalah masanya ana bukak blog sendiri... berkenan tengok blog org yg best-best gitu lorh.. ZUP~! datanglah ilham... TADA!!~ dah ada... macam magic? x.. kan ade tangan, tenet ade, so bleyh je buat... macam ni haaaaa....

Subscribe to:
Posts (Atom)