Sunday, 6 April 2014

Bukan Kotak Hitam Yang Kami Sembah...

Bismillahirrahmanirrahim...

InI dialog antara seorang pemuda Islam dengan pemuda Yahudi.

Pemuda yahudi: Mengapakah orang Islam sembah Kaabah?
Pemuda Islam : Salah tu. Orang Islam bukan sembah Kaabah, tapi sembah Allah.
Pemuda yahudi : Kan orang Islam sembahyang menghadap Kaabah. Ia cuma satu kotak hitam yang besar. Tuhan kamu ada di dalam kotak itu ke?

Belum sempat pemuda Islam menjawab, telefon bimbit kepunyaan pemuda Yahudi berdering. Dia pun menjawab panggilan dengan lembut. Berbual sambil tertawa. Beberapa minit kemudian, talian dimatikan. Dia berpaling semula kepada pemuda Islam tadi.

Pemuda yahudi : Ha, jawablah soalan tadi.
Pemuda Islam : Perlukah aku menjawabnya?
Pemuda yahudi : (Tertawa mengejek) Mesti kau tak boleh jawab, bukan?
Pemuda Islam : Bukan begitu. Kau sendiri tahu teorinya tapi, tapi kau masih bertanyakan soalan itu. Rasanya, kau yang tidak sedar bahawa jawapan sudah ada pada dirimu sendiri.
Pemuda yahudi : (kehairanan) Aku tak faham.
Pemuda Islam : Tadi aku melihat kau menjawab telefon. Kau ketawa dan bercakap seorang diri. Sebelum memutuskan talian, kau mencium telefon itu sambil berkata I love you....
Pemuda yahudi : Aku bukan bercakap sendiri. Aku berbual dengan teman wanitaku.
Pemuda Islam : Di mana dia? Aku tak nampak pun teman wanita yang kau katakan itu.
Pemuda yahudi : Dia ada di rumah. Nak berbual, kenalah telefon. Ada masalah ke?
Pemuda Islam : Boleh aku lihat telefon itu?

Si yahudi memberikan telefon bimbitnya kepada pemuda Islam itu dengan rasa hairan. Pemuda itu membelek telefon si yahudi tadi. Tak cukup sekadar itu, dia menggoncang-goncangkan telefon itu. Sesekali, dia mengetukkan telefon itu ke atas meja. Akhir sekali, dia menghempaskan telefon itu ke atas lantai hingga pecah berderai.

Pemuda yahudi : Apa kau buat ni? (menjerit marah)
Pemuda Islam : Aku cuba hendak mencari teman wanita yang kau katakan tadi dalam telefon ini. Walau dipecahkan sekalipun, buah hati yang engkau ceritakan itu tidak muncul juga.
Pemuda yahudi : Kau ni ketinggalan zaman ke? Ini kan teknologi moden. Kita boleh bercakap dengan orang lain dari jarak jauh hanya dengan menggunakan telefon. Takkan itu pun tak tahu?

Pemuda Islam : (Tersenyum) Kan sudah aku katakan tadi, kau sudah tahu jawapannya tapi masih bertanya. Bukankah teori telefon itu lebih kurang sama dengan Allah S.W.T. Kami solat menghadap Kaabah bukan bermakna kami menyembah kotak hitam. Kami sembahyang atas arahan Allah. Umat Islam diarahkan sembahyang menghadap Kaabah bukan bererti Allah ada dalam kotak hitam itu. Begitu juga teorinya antara kau dan girlfriend kau itu. Dia menghubungimu menggunakan telefon. Bukan bererti dia ada di dalam telefon itu, bukan? Prinsip telekomunikasi itu kena ikut peraturan. Nak bercakap melalui telefon, harus mendail nombor yang betul, barulah akan tersambung dengan orang yang hendak dihubungi. Dengan itu, kau mampu berbicara dengannya walaupun dia tiada dalam telefon itu. Begitu juga dengan umat Islam. Kami sembahyang menghadap Kaabah kerana itulah kiblat kami sebagai 'peraturan' untuk kami 'bersambung' dengan Allah. Begitulah teorinya dan itu jugalah jawapan untuk pertanyaan kamu awal tadi....


Wallahu a'lam....

No comments:

Post a Comment